RUMAH TERBALIK

Pernahkah anda melawat dan melihat sendiri tempat-tempat pelancongan yang pelik dan menarik di negara Malaysia ini? Salah satu destinasi pelancongan  itu ialah Rumah Terbalik (Upside down House)  yang terdapat di negeri Sabah. Menurut pengendali Trekker Lodge, rumah unik di kaki Gunung Kinabalu itu telah menarik lebih daripada 3,000 pelawat, selepas hampir enam minggu ia dibuka kepada orang ramai untuk dijadikan salah satu kawasan pelancongan yang menarik. Rumah itu dibina di Tamparuli dengan kos sebanyak RM500,000 oleh salah seorang usahawan yang berjaya iaitu, Alexander Yee, yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di Sukau, pantai timur Sabah.

  Satu-satunya 'rumah terbaik' dan yang pertama di Malaysia ini menjadi tarikan pelancongan di negeri Sabah yang bertempat di Tamparuli. Setiap tahun, pelancong asing seperti dari Jepun, Korea dan sebagainya akan menghabiskan masa untuk meninjau rumah unik ini. Menurut Malaysia Book of Records mengesahkan bahawa rumah itu adalah satu-satunya terdapat di negara ini.

  Terdapat beberapa ciri yang menarik mengenai rumah terbalik ini. Misalnya dari segi bumbung ke lantai termasuk sebuah kereta Kancil yang diletakkan di garaj ini, semuanya dalam kedudukan terbalik.



Menurut Yee semasa majlis pembukaan rasmi rumah terbalik itu oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun “Pelancong asing dan tempatan tertanya-tanya mengenai rumah ini dan berkunjung ke sini sejak ia dibuka (pada 1 Februari),” Yee berkata lagi, rumah yang berkeluasan 140 kaki persegi itu diibaratkan sebagai sebuah mimpi yang menjadi kenyataan, yang direka berdasarkan gaya gabungan etnik Sino-Dusun dan Dusun. Beliau berkata, ia dilengkapi dengan pelbagai seni kraf dan asli selain kelengkapan rumah seperti peti sejuk dan set sofa di mana semuanya berada dalam keadaan terbalik.






Rumah terbalik di Borneo itu mungkin yang satu di Asia Tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemikian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun



 Tujuan Rumah ini dibina ialah untuk menyampaikan mesej berkaitan alam sekitar. Menarik tentang rumah ini, pemilik rumah mengatakan semua peralatan yang diletakkan juga dalam keadaan terbalik seperti peti sejuk, dapur memasak, meja dan mesin jahit.



Terapat beberapa fakta menarik  mengenai ‘upsidedown house’ (Wajib tahu).




1. Rumah ini mengisahkan tentang kehidupan bahagia keluarga yang berasal dari Kota Belud yang mana mereka mempunyai seorang anak lelaki tunggal. Ayahnya berasal dari Kota Belud dan berbangsa Dusun Tindal, Emaknya pula berasal daripada Papar dan berbangsa Cina-Kadazan (Sino)  dan anaknya mewarisi darah Dusun dan Cina.




2. Konsep rumah terbalik ini hanya lima sahaja di dunia buat masa ini, dan ini yang kelima. Rumah terbalik yang ini pertama seumpamanya di Asia Tenggara. 




3. Sebaik anda memasuki rumah ini, semua barang dan perabotnya akan kelihatan terbalik. Cuma ada satu sahaja benda yang berada pada kedudukan normal (tidak terbalik). Perhatikan betul-betul jika anda berpeluang ke sini nanti. 




4. Anak lelaki tunggal mereka amat meminati seni pertahanan diri Aikido. Yang menarik, di bilik anak lelaki mereka ada poster Steven Seagel, lagenda Aikido dunia.




5. Perabot yang paling berat di dalam rumah ini ialah MESIN JAHIT iaitu seberat 35kg! 




6. Rumah ini berkonsepkan rumah tempatan terutamanya rumah-rumah di daerah Kota Belud.




7. Anda tidak masuk melalui pintu hadapan tetapi dari ruang tamu rumah. Beranda rumah pula ditutup dengan cermin agar hujan tidak masuk walaupun hakikatnya beranda rumah sebenar ‘open air’.




8. Pembukaan ‘Grand Opening’ rumah ini ialah pada 28 Feb 2012 tetapi sudah mula dibuka untuk lawatan orang ramai pada (1 Feb 2012). 




9. Bilik tidur utama juga menarik dengan hiasan komputer terbalik. Di bahagian tandas pula, mesin basuh terbalik, di laman rumah pula, kereta Kancil terbalik.




10. Rumah ini dan kawasan sekitarnya dilengkapi CCTV.




11. Selain itu, mana-mana orang yag memasukinya  tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar di dalam rumah tanpa kebenaran, ambar juga hendaklah membayarnya dengan harga RM100 sekeping. Hal ini bagi memelihara dan menjamin rumah ini.


Secara keseluruhannya, rumah terbalik ini amat sesuai dijadikan kawasan pelancongan. Ianya menggambarkan ciri-cri masyarakat tempatan suku kaum di kota belud, sabah itu sendiri. Seterusnya, dengan pembinaan tempat pelancongan ini, ianya sedikit sebanyak member impak yang positif dari segi:


 1)- Ekonomi

Selain menjadi kawasan menarik untuk para pelancong, ianya juga boleh menjana pendapatan ekonomi negara terutamanya bagi masyarakat negeri sabah itu sendiri


2- Sosial

Memperkenalkan budaya masyarakat budaya tempatan sabah melalui konsep binaan rumah.ini

Mengeratkan silaturrahim antara masarakat lain.(pelancong asing dari pelbagai negeri/negara).



p/s : Agak-agak masa nak buang air besar macam mana erk? Hehe


0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

Blogroll

Blogger templates

Blogger news