KHASIAT ULAMAN BERBANDING MAKANAN SEGERA



Tubuh badan yang sihat amat diperlukan oleh setiap manusia dalam kehidupan mereka sehari-hari. Apabila tubuh badan dalam keadaan sempurna, manusia akan dapat menjalankan segala tugas dengan baik. Dengan demikian, untuk menjaga supaya anggota tubuh badan sentiasa berfungsi dengan sebaiknya, amalan pemakanan yang seimbang dan bersih, tidur yang cukup serta menyisihkan sikap banyak berfikir  apabila didatangi masalah. Apabila tubuh badan diserang penyakit, maka kita pastinya akan teringat tentang rawatan yang segera dan sepatutnya. Dalam hal demikian , bukan sahaja kita memerlukan ubat-ubatan dan pil-pil vitamin sebagai langkah untuk meredakan dan menyembuhkan penyakit tersebut, apa yang penting ialah makanan tambahan yang diperlukan bagi menghasilkan banyak zat dan vitamin yang cukup untuk tubuh. Untuk tujuan ini, ulam-ulaman  dari daun kayu merupakan makanan tambahan selain dari makanan asas harian.

 
Ulam-ulaman menjadi khasiat turun-temurun

Ulam-ulaman dipandang remeh temeh oleh masyarakat zaman kini, berbanding orang yang berusia kerana mereka tahu khasiat dan kelebihan ulaman. Tetapi masyarakat sekarang lebih menyanjung makanan barat iaitu makanan segera (fast food) yang menjadi hidangan yang sihat bagi mereka terutama kepada kanak-kanak yang menggemarinya. Makanan segera menjadi satu lumrah bagi kehidupan zaman moden. Restoran yang menghidangkan makanan barat seperti M’Donald, Kfc, Pizza Hut dan sebagainya yang menjadi tabiat dan dikatakan makanan seimbang bagi mereka sedangkan mereka tidak tahu keburukan kepada kesihatan masing-masing. Kebanyakan makanan segera itu mengandungi kolesterol tinggi yang mendatangkan penyakit.


Tetapi zaman sekarang,ramai masyarakat tidak endah tentang ulaman sebaliknya mereka lebih memilih dan suka makan makanan segera (Fast Food) kerana lebih cepat disediakan. Setiap hari, penggemar makanan segera seperti M’Donald, Pizza Hut, Kfc, Kenny Rogers dan lain-lain sentiasa penuh dengan manusia pelbagai umur untuk menikmati makanan kegemaran masing-masing bak cendawan tumbuh selepas hujan. Makanan berlemak dan tidak sihat ini tetapi mengenyangkan seperti ayam goreng, burger, kentang goreng, ais krim dan air bergas menjadi hidangan yang lazat. Siapa yang tidak suka dengan ayam goreng yang panas dan gebu? Dengar sahaja KFC, pasti kita akan terbawa-bawa keenakan makanan dari KFC.     
Semua orang menggemari lebih-lebih lagi kanak-kanak, mereka amat suka kepada ayam goreng kerana protein pada ayam tanpa memikirkan keburukan yang ada pada kalori lemaknya. Lemak pada ayam mampu memberi kesan yang tidak baik kepada kesihatan seperti mengundang masalah obesiti, darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan lain –lain penyakit jika selalu mengamalkan pemakanan segera yang tidak seimbang tersebut.

  Oleh itu, orang-orang tua zaman dahulu menjadikan ulam-ulam kayu sebagai lauk -pauk kedua. Walaupun dengan hanya berlaukkan ikan/ daging semata-mata, selera mereka masih di tahap biasa tetapi dengan adanya bantuan ulam-ulam, selera mereka makin bertambah. Bukan sekadar bertambahnya selera makan, bahkan ulam-ulam itu sendiri menampung banyak khasiat berbanding sayur-sayuran lain yang dimasak di mana telah kehilangan banyak zat galian yang diperlukan oleh tubuh. Contoh jenis ulaman yang dimakan ialah pucuk ubi kayu, pucuk ketereh (gajus), pucuk ulam raja, pucuk pegaga, pucuk daun selon dan sebagainya. Pucuk gajus boleh mengubati cirit- birit yang teruk manakala orang- orang jawa mempercayai bahawa pucuk gajus dapat mengatasi jangkitan dan keadaan melecur. Manakala pucuk jering boleh mengubati penyakit kencing manis dan darah tinggi serta menjadikannya sebagai ulaman mentah/ direbus.  


Selain berkhasiat,ulaman juga turut meyelerakan.







Malangnya, hanya sebilangan rakyat Malaysia yang mengetahui serta meyakini tentang khasiat  sebenar ulam-ulam tersebut. Mereka beranggapan kononnya hanya sayur-sayuran sahaja yang mudah diperolehi kerana zat dan vitamin sudah cukup untuk keperluan tubuh badan berbanding ulam-ulam itu. Keduanya, ulaman kayu sukar diperolehi kecuali dikampung-kampung dan ketiga citarasa dan bau ulam-ulam kayu terlalu payau dan busuk. Nescaya, ulaman itu kalau kita makan akan terasa pahit dan kelat. Sedangkan rasa yang dianggap aneh dan luar biasa itulah merupakan khasiat sebenar yang diperlukan oleh tubuh badan .

Penawar ulam-ulaman akan membantu mencegah masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis dan sebagainya tetapi masyarakat kini tidak ramai yang mengetahui tentang khasiat ulam-ulaman dan tidak menjaga kesihatan. Sebagai contohnya, mengamalkan makanan yang segera dan tidak sihat kepada tubuh badan, yang berlemak, berminyak, masin, manis yang ada pada makanan segera zaman moden ini iaitu Kfc, M’Donald dan Pizza Hut.





Begitulah keistimewaan ulam-ulaman/ daun-daun kayu yang dianggap tidak berguna. Sebilangan masyarakat Malaysia hanya mendapatkan keperluan yang mudah dan segera tanpa memperhitungkan kesukaran untuk memperolehi zat makanan yang lain seperti ulam-ulaman yang mempunyai banyak manfaatnya kepada kesihatan dan pemakanan. Alangkah eloknya, jika petua tradisional yang mengutamakan ulam-ulam diketengahkan disamping perubatan moden apabila diserang penyakit kerana peranan tumbuh- tumbuhan seperti ulam-ulam itu banyak manfaat dan khasiatnya.

0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

Blogroll

Blogger templates

Blogger news