ANDA SUKA BERTUDUNG?


 
Assalamualaikum,

 Hari ini kita dapat melihat remaja perempuan memakai tudung yang bermacam-macam fesyen. Ada segelintir remaja yang meminati tudung bawal, shawl, syiria, macam-macam lagilah. Kalau dulu-dulu kita dapat lihat emak-emak atau kakak kita memakai tudung jenis bawal, kini bermacam variasi tudung telah menjadi pilihan. Ada juga yang bertudung mengikut trend terkini. Sekarang juga ramai remaja yang  tidak bertudung selama ini telah terbuka hati untuk menutup aurat.

 Tudung kini yang memiliki potongan, kemasan, corak dan warna memberi kelebihan kepada remaja untuk menonjolkan gaya peribadi mereka tidak kira semasa belajar ataupun beriadah, jadi tidak ada alasan untuk remaja untuk menutup aurat. Tudung yang terdapat di pasaran kini juga memiliki harga yang berpatutan untuk remaja membelinya.  Mungkin ada yang beranggapan pemakaian tudung itu sedikit remeh, namun, bagi mereka yang telah biasa, pemakaian tudung itu sebenarnya mudah dan tidak memerlukan masa. Remaja juga suka memilih shawl untuk digayakan, dengan kemudahan teknologi sekarang remaja boleh mempelajari teknik pemakaian shawl dengan mudah di youtube.


 Tudung juga sudah bergerak mengikut arus semasa, bagi remaja kini masa untuk tampil menarik tidak menjadi masalah kerana tudung kini lebih banyak memberi fokus pada tudung yang mudah dipakai dan tidak mudah berkedut. Jadi sekarang remaja boleh tampil kemas untuk ke mana saja. Harga bagi sehelai tudung dari dulu dan sekarang tiada beza, jika di pasar atau uptown harga tudung boleh dikatakan berpatutan untuk remaja. Bagi yang sudah bekerja mereka boleh mengujungi butik- butik tudung yang kini menyediakan tudung yang amat menarik untuk para gadis.


 Dulu tudung bawal memang menjadi kebiasaan bagi remaja perempuan untuk digayakan. Namun kini bawal tetap menjadi pilihan remaja untuk mengayakannya, kini tudung bawal juga telah tampil dengan variasi warna-warna yang lebih menarik. Dulu tudung bawal hanya disulam dibahagian hujung tudung, kini sulaman turut terdapat di bahagian atas. Ini menjadikan pemakai lebih menarik. Tudung bawal boleh digayakan seperti artis remaja Malaysia iaitu Najwa Latif. Cara pemakaian tudung nampak lain dengan gaya yang ditampilkan oleh beliau, dan kini ramai remaja yang mengayakan tudung sepertinya.Gaya tudung yang dibawa oleh artis mudah mendapat tempat di hati remaja tambah lagi kalau artis tu dia minat memang sah la para remaja nak ikut gaya artis kesayangan dia.

 Kini tudung sarung  yang agak cantik dan manis digayakan  ialah Fareeda, Ariani dan macam-macam lagi. Butik Fareeda menyediakan tudung sarung yang amat menarik dan sesuai untuk para remaja gayakan pada hari raya atau majlis kesyukuran. Shawl juga apa kurangnya, pelbagai corak abstrak yang ditampilkan untuk para remaja tampil menarik.
Namun dalam mengayakan tudung kini remaja perlu berhati-hati supaya tidak terlalu obses mengayakan tudung hingga lupa batas-batas aurat. Kini timbulnya turban yang digaya oleh gadis-gadis. Pemakaian turban amat tidak sesuai bagi seorang gadis muslimah ini kerana turban tidak menutup bahagian dada  seseorang gadis itu.



 Pemakaian tudung bukan hanya mengikut trend tetapi perlu mengikut syarak supaya ia tidak mendatangkan fitnah. Remaja sekarang perlulah bijak dalam mengayakan tudung kadang-kadang pakai tudung dengan cara yang simple pun dah nampak menarik, jadi tak perlu over sangat dalam mengayakan tudung. Pandai-pandailah bergaya mengikut majlis yang dihadiri supaya gaya tudung yang digayakan  menjadi ikutan remaja lain. Kita bila dah pakai tudung elok-elok lepas tu gaya tudung kita tu orang lain ikut so kita dapat saham kebaikan, tak ke untung macam tu??



0 comments:

Post a Comment

Powered by Blogger.

Popular Posts

Blogroll

Blogger templates

Blogger news